Latar Belakang

Sanggar Budaya dan Sanggar Krismachindie merupakan nadi kepada Sekretariat Kebudaayaan Kolej Kedua. Kedua-duanya merupakan dua buah organisasi yang berbeza. Sanggar Budaya lebih menjurus ke arah pengurusan sekretariat manakala Sanggar Krismachindie pula lebih menfokuskan kepada aktiviti kolej dan interkolej yang dipertandingkan. Sanggar Krismachindie juga diletakkan di bawah tampuk organisasi Sanggar Budaya. Nama Krismachindie membawa maksud yang tersendiri iaity 'Kris' melambangkan kekuatan, 'Ma' bermaksud Melayu, 'Chi' membawa maksud Cina, 'In' pula melambangkan kaum India dan 'Ie' bermaksud lai-lain.